Wednesday, May 20, 2009

MAAF
Pihak Jawatankuasa RIC memohon ribuan kemaafan kerana blog ini tidak dikemaskini sejak Mac 2009. Perkara ini akan diatasi segera selaras dengan implementasi ISO pejabat kita. Sekian.

-Hamizan
-Biro Ekonomi RIC

Friday, February 6, 2009

JOM JALAN-JALAN - GABAI

Dalam Mendepani ISO yang bakal tiba, ayuh semua kita release tension.

JOM JALAN-JALAN di terukan lagi kali ini dan kita semua akan pergi ke :

DI : Sungai GABAI, - DITERUSKAN KEMBALI!!
Tarikh : 22 Mac 09 - AHAD!!
Aktiviti :
Melihat keindahan ciptaan tuhan (flora , fauna mahupun fiona), Mandi Manda, Batu Lungsur, Panjat Memanjat, cuci gigi, basuh kain, tangkap udang, dan sebagainya.

Bayar : RM 5.00 / family - duit makan2 sket, nak bawak makan sendiri pun boleh, duit lebih masuk kelab RIC. Murah jer ni.

Transport : sendiri-sendiri

Sapa yang nak pegi reply kat ruangan komen ye.
Yang dah confirm nak pegi :
Edy, Yati, Ayu, Akmal, Hj Sam, Syed, Asri, Wadi, Shira, Fidaus, Yam, Yan, Ana, Nasrena, Raja, Shazmin, Wan, Fahim, Seha ....

Perbincangan Lanjut pada : 19/3/2009 - 4.00 petang - Bilik Mesyuarat MTDC.

Sapa nak join lagi boleh, beri nama melalui reply komen, atau Zawadi, atau Nasreena

BOIKOT BARANG ISRAEL

BOIKOT BARANG ISRAEL TANDA KITA MASIH INGAT APA DAH JADI DI GAZA

Saturday, January 17, 2009

Jawapan Teka Silang Teki

Adalah dengan ini,
sukacita saya selaku Bentara majlis ini, akan mengumumkan jawapan kepada soalan bagi mencari Raja Teka Silang Teki RIC bagi tahun 2009 Dan oleh itu, Raja Teka Silang Teki ini, berdasarkan kepada KETEPATAN beliau yang tiada tolok bandingannya dengan 21 calon peserta akhir, maka dengan ini di isytiharkan RAJA pertama Teka Silang Teki 2009 dinobatkan kepada......
.
bersambung...
(klunya... kita tunggu penjelasan dari mangsa!)
.

Wednesday, January 14, 2009

Ahli RIC wakili UPM Johan Badminton


BERITA TERLEPAS : Seorang warga RIC telah mengharumkan nama RIC apabila telah mewakili UPM dalam pertandingan Badminton 6 penjuru yang disertai oleh HKL, KPT, JPA, JPJ dan UPM. UPM telah menjadi juara keseluruhan dengan mengalahkan Hospital Kuala Lumpur dengan kemenangan tipis.

Beliau, tidak lain dan tidak buka ialah cucu kepada Datuk Sidek, Anak Sedara Misbun Sidek, iaitu Haslinawati @ Ina yang bermain beregu bersama kakaknya sendiri. Tahniah diucapkan! Haritu dah menang, ni menang lagi. Memang terrer. Sesiapa yang ingin bertarung dengan beliau bolehlah berlatih daripada sekarang, kemudian tempah court dan kemudian bagitau beliau. Kitorang akan datang tengok nanti. Selamat bersukan. Petang2 nak turun training dekat car park ICC pun boleh, beliau ada training kat situ. Bernamadia.

"Ilustrasi gambar sekadar hiasan saja, itu bukan Ina!"

Ahli RIC di SAMUN!!!

BERITA TERLEWAT: Menurut cerita daripada mangsa (ahli RIC), beliau telah disamun di satu malam yang hening, lebih kurang jam 9.00 malam, di dalam rumah sewa beliau bersama rakan2, di Serdang semasa cuti raya haji yang lepas. Kerugian handset dan lain2 barangan telah disamun namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Lokasi tepat adalah di kawasan hadapan rumah Dato Satim Diman. Laporan polis telah dibuat. Siapakah mangsa ini, masih lagi menjadi tanda tanya.

"Kita tidak boleh mendedahkan identiti mangsa berikutan kes ini masih sedang dalam siasatan polis lagi " kata En. Polis berkenaan. Jadi kita tunggu penjelasan daripada mangsa sendiri di blog ini. Kita turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan rakan2 supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Bernamasaya.
"BERHATI-HATILAH, DAN JADILAH RAKANCOP"
.